Assalamualaikum,
Ye, melihat kepada tajuk entry di atas... hal yang akan kuceritakan dengan panjang lebar di sini adalah mengenai perjalanan TTCku..... (trying to conceive). Ramai ttcians di luar sana, sama sepertiku. Moga kalian dipermudahkan urusan, Aminnn.... Tujuan perkongsian ini adalah sebagai satu motivasi untuk semua, khususnya bagi TTcians yang masih berTTC. Ketahuilah, entry ini tidak bertujuan untuk mengguris sesiapa pun, sekadar berniat untuk berkongsi. Semoga ada manfaat yang boleh diambil hasil dari perkongsian tak seberapa ini. Aku tak suka nak suruh orang bersabar, sebab tau korang dah lama bersabar kan? 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, jangka waktu sahaja berbeza, tapi percayalah perasaan "menanti" itu tetap sama. Tetap serupa. Walau aku tahu, tempoh aku menanti tidak sepanjang kalian, tapi apa yang aku rasa selama tempoh penantian tetap sama. Naluri itu tetap serupa wahai wanita sekalian!
Aku dan hubby telah diijabkabul pada November 2011. Sejak berkahwin, kami merupakan pasangan jarak jauh (PJJ). Hubby bekerja di Selangor. Aku bekerja di Kedah. Kami dua-dua orang Selangor. Nak dipendekkan cerita, lebih kurang 1 tahun 5 bulan selepas tempoh perkahwinan, hubby dapat rezeki berpindah kerja di utara, di Pulau Pinang. Alhamdulillah, akhirnya dapat sebumbung. Walaupun hubby terpaksa travel jauh untuk pergi office di Penang (sebab kami stay di Sungai Petani, dekat dengan tempat kerja aku), itu lebih baik dari keadaan sebelum ini di mana hubby tiap-tiap minggu akan travel balik Kedah, or else, aku yang travel ke Selangor. Sejak kahwin, kami tidak merancang secara rasmi untuk "planning" the family. Tetapi tidak dinafikan, kami tidak begitu serius memikirkan tentang zuriat dalam tempoh awal perkahwinan...
Sehinggalah bila hubby sudah sebumbung, aku dan hubby mula teringinkan anak. Apalagi bila diasak dengan pertanyaan dan kata-kata orang sekeliling (ada yang biasa2 sahaja, tak kurang juga yang menyakitkan hati), kepada aku dan hubby. Alhamdulillah, keluarga aku dan mertua tidak pernah mendesak. Itu lah satu-satunya yang dapat mengurangkan tekanan kami suami isteri. Tapi, aku paling lemah bila ada majlis keramaian, pertemuan saudara mara, segala pertanyaan dan kata-kata orang sekeliling membuatkan hati aku benar-benar sayu, di depan semua aku berlagak seperti tiada apa, hanya tersenyum dan menjawab segala pertanyaan sebaik mungkin. Tapi, bila balik rumah, hubby lah yang jadi tukang pujuk. Banjirrrrrrrr!!!!! huhuhu.... antara kata-kata mereka yang paling aku tak boleh lupa:
"Kosong lagi ke? berapa lama nak honeymoon?" (eh sukahati kita lah kan berapa lama pun...ishhhhh)
"Kau ni lama sangat honeymoon, aku da masuk 2, tak terkejar nanti!" (angkuhnya! ada aku cakap aku nak kejor??? takde pon kan??? huh!)
"Kau ni belajar tinggi2, buat anak pun tak reti" (Allah.... yang menjadikan anak tu saya keeee??? hanya mampu geleng kepala dengan org berfikiran macam ni)
"Kau orang ni planning ke, tak payah la planning sangat" (sukahatilah makcik, nak cakap apa pon....)
dan banyak lagi...tapi yang lain tu aku da tak berapa nak ingat sebab tak begitu menusuk, atau mungkin jugak aku dah lali dengan pertanyaan2 tu sampai dah tak ingat..hahahha!!!
Okey. serius.... aku mula stress, aku mula fikir macam2 cara yang aku boleh buat untuk dapatkan rezeki zuriat yang satu ini. Aku tau, yang menetapkan perjalanan hidup aku dan hubby adalah yang Maha Mencipta, ALLAH Taala. Tapi aku sebagai hambaNya, kena ambil inisiatif. Kena usaha lebih lagi! Okey, jum, aku kongsikan apa usaha-usaha yang aku dan hubby sama-sama dah buat, demi mendapatkan si comel.... Check them out!
Pemakanan:
1. Aku berpantang makan semua jenis makanan tajam seperti nenas, tebu, tapai, jambu batu sebab daripada info yang aku dapat, semua ni perlu dielakkan untuk ttcians macam aku.
2. Say NOOOOOO to fastfood (ni dari azali aku memang kurenggg.. so takde masalah bagi aku).
3. Jangan minum air gas... (yang ni aku memang langsung tak minat....).
4. Kurangkan makanan pedas dan berlemak (berlemak tu aku ok nak kurangkan, tapi pedas tuuuu....payah sikit. Jangan ikut aku keh! hehe).
5. Kurangkan or kalau boleh tak payah ambil langsung pemakanan2 yang masam2... kalau boleh masak tu tak payah taruk lemon, perah asam limau, etc. (tapi yang ni aku pon terbabas gak kadang, sebab aku memang suka masam! huhu).
6. Kurangkan aisssss (Allah..... yang ni sangat susah untuk aku.....tapi aku cuba seboleh mungkin laaa).
7. Pola pemakanan dan waktu makan yang betul dan seimbang (yang ni memang aku caca merba.. kejap buat, kejap tidak.. tapi kira usaha la kan sebab ada buat gak even tak konsisten..aci tak? hehe).
8. Cuba kekalkan berat badan ideal (berbalik kepada pemakanan anda la keh! ).
sooo, apa yang aku makan (amalkan dalam pemakanan aku)? Check them out!
1. Aku ambil air manis hanya sekali sehari waktu breakfast (kadang2 dua kali waktu petang or malam, tapi tak selalu).
2. Amalkan ambil sarapan berat, aku pernah baca kat mana ntah (dah tak ingat), wanita yang konsisten mengambil pemakanan berat di waktu pagi (pola pemakanan yang sihat tau) lebih mudah untuk hamil.
3. Air rebusan kacang hijau. Air rebusan kacang hijau ni aku buat sendiri. Rendam kacang hijau dalam air, sampai jadi taugeh (biasanya dalam 2 hari), rebus dan minum daripada hari first period, sampai waktu subur.
4. Air rebusan buah zuriat (buah zuriat ni hari tu boss aku bagi, sebijik je aku ada. so bila dah habis aku dah tak continue. Tapi sebijik tu boleh direbus berkali-kali sehingga hilang warna).
5. Pati delima gulsan. Aku sempat makan dalam 2 botol, sebelum pregnant. Kadang-kadang aku buat air, kalau malas or nak cepat aku telan gitu je sekali sehari, waktu pagi sebelum pergi kerja.
6. Minum susu kambing. Aku ambil yang peket tu je. HIGOAT tu... sedap. tak bau kambing pon. hehe. yang ni aku minum everyday, hubby blend dengan badam + kurma + habbatussauda. Aku susah sikit nak telan kurma, tapi bila blend aku boleh makan.
7. Madu asli... yang ni aku hari-hari, kadang campur dengan plain water or air zamzam, kadang telan gitu je sesudu sehari, kadang campur dengan air delima gulsan tadi.
8. Banyakkan makan buah dan sayurrrr especially sayur hijau.. Aku sangat susah nak makan buah. Hubby selalu marah, beli tapi tak makan. pastu dia yang abeskan. Tapi aku hantu sayurrrrrr!! bagi la sayur apa pun, aku makan! heheh...
9. Makan folic asid. Aku ambil folic asid consistently lebih kurang 6 bulan lepas kahwin....aku makan yang brand Appeton tu, 400mg. Beli dekat farmasi... Wanita yang nak hamil elok amalkan folic asid at least 3 months upon conceive.
10. Aku dan hubby amalkan set kesuburan SHAKLEE. Kami consume Vitalea, B-Complex, Vita-C, VitaE, Zinc, Alfalfa, GLA, COQ Health. Ada yang aku share dengan hubby, ada yang asing-asing. Kami amalkan dalam 1 cycle je sebelum aku berjaya pregnant, Alhamdulillah...
11. Evening Primrose Oil (EPO). yang ni aku makan sebelum aku ambil GLA Shaklee. lepas consume GLA Shaklee aku dah tak makan sebab fungsi dua benda ni sama. EPO or GLA korang kena makan dari 1st day period sampai waktu subur korang k?
12. Banyakkan makan taugehhhh... aku selalu makan taugeh banyak-banyak especially sebelum sampai waktu subur. Hubby tak leh telan taugeh tapi aku paksaaaa!! haha. Sian dia.. Tapi sedap what? huhu.Lepas waktu subur plak (dalam luteal phase), amalkan makan sayur hijau untuk bantu proses penempelan bayi pada dinding rahim jika berlaku persenyawaan.
13. Jangan minum kafein uolsssss... kalau boleh elakkan k... (aku memang tak suka kafein)...
13. Jangan minum kafein uolsssss... kalau boleh elakkan k... (aku memang tak suka kafein)...
*Semua pemakanan yang aku sebutkan dia atas mostly diamalkan kami suami isteri. ada jugak yang aku sorang je amalkan. Tapi mostly dua-dua amalkan.
Kesihatan fizikal:
1. Aku pergi gym.. tapi ada la beberapa kali je. Aku pergi waktu tengah bendera jepun, jangan korang pegi masa dah masuk luteal phase (subur) plak. kang elok2 nak berlaku penempelan jatuh pulak. Sebab dalam tempoh tu tak boleh lasak-lasak. Kena jadi perempuan Melayu terakhir sehabisnya k? hehe..
2. Jogging... yang ni aku selalu pergi dengan hubby.... tapi taklah selalu sangat pon...selalunya weekend la... yela hari keje penat kan..
Body Basal Temperature (BBT Chart):
Okey, BBT ni sangat bagus tau untuk membantu korang menentukan waktu subur korang dengan tepat setiap period cycle. Kena ingat, tak semua wanita yang periodnya regular senang dapat anak. Contohnya aku. Dan tak semua jugak wanita yang tak regular periodnya tak boleh pregnant. So, BBT chart ni sangat membantu untuk menentukan tempoh ovulasi korang... (tempoh penetasan telur untuk disenyawakan)...Okey, macamana nak berBBT? actually kalau nak lebih detail lagi korang boleh je googling.. tapi aku share la kat sini sikit ek.. kalau korang rasa tak cukup info korang boleh google lagi info. Sebab kalau nak cerita tentang BBT ni je patutnya kena ada 1 lagi entry khas... yang tu nanti aku buat. Kat sini aku terangkan secara ringkas.
Nak berBBT, korang kena ada termometer. Seeloknya pakai yang 2 decimal (ada jual online) kat page hamilcomel.com tapi aku sendiri pakai yang 1 decimal je beli kat farmasi sebab masa tu cari yang 2 decimal tak jumpa. Dah beli baru tau ada jual online. huhu... takpelah... okey, selain tu korang kena ada BBT chart yang kosong untuk korang plotkan suhu badan korang setiap hari. Aku malas nak tulis manually, so aku sign in kat FertlilityFriend.com. Kat situ dah siap dah application nya, tinggal korang masukkkan data korang hari-hari je. Aku install android version kat phone aku, senang. Leh bawak ke mana-mana. boleh update dan rujuk bila-bila masa. Oh ya! korang kena ambil suhu pada waktu yang sama setiap pagi keyyy... oleh itu disarankan kunci jam dan letakkan termometer di sebelah bantal anda. Sebab, nak ambil suhu ni kalau boleh jangan bangun langsung dari tempat tidur. Celik mata, capai termo, masuk bawah lidah dan catit dalam FF. Suhu valid adalah right after bangun tidur k... dan sebelum tu korang kena cukupkan tidur at least 3 jam. Aku temping pada jam 5.30am setiap pagi.
Contoh Graf 1 : Graf tidak berjaya pregnant
Okey. Kat atas ni contoh graf aku untuk cycle yang tak berjaya pregnant. Cross line merah tu menunjukkan bila aku ovulate (subur). Fertility Friend (FF) akan detect ovulate bila suhu naik tiga hari berturut-turut di atas cover line. So, bila korang tengok suhu korang merudum jatuh, maksudnya dah nak dekat ovulate. Makanya masa ni lah kena bekerja keras! (paham-paham dah ler...) huhu... Then after ovulate pon digalakkan bekerja keras especially dalam tempoh 3 hari selepas ovulate. Oh ya, selain daripada suhu, korang boleh kenalpasti tanda-tanda subur yang lain macam rasa senak perut (rasa macam nak period), sakit pinggang dan keluar cervical mucus (CM) yang banyak (CM eggwhite untuk masa yang paling subur)... Tempoh period daripada 1st day sehingga lah ke pusingan kita period semula dipanggil Cycle Day (CD). okey, then, cycle day selepas cross line merah (selepas waktu subur) kita panggil as Day Past Ovulation (DPO). Inilah juga yang dipanggil sebagai LUTEAL PHASE. Dlm masa ni lah kita kena jaga diri sebaik mungkin sebab nak membantu proses penempelan janin jika ada persenyawaan. Masa ni tolong jaga diri seperti wanita pregnant keh?! Okey kalau kita dah consistent buat BBT ni, kita akan tau range luteal phase kita. Macam aku, luteal phase adalah dalam tempoh 14-15 hari. Lepas tu mesti period. Tempoh luteal phase yang bagus adalah melebihi 12 hari. Kalau kurang daripada tu berkemungkinan korang mengalami hormon imbalance, which is susah baby nak menempel. Dari chart di atas, korang boleh nampak suhu aku jatuh merudum dalam tempoh luteal phase aku. Makanya, aku dah tau yang aku akan period. Tak berjaya....Ada orang yang sebelum period suhu dah jatuh bawah cover line, ada yang tak. macam aku, period dulu baru suhu akan slowly jatuh sehingga ke bawah cover line merah.
Contoh Graf 2 : Graf berjaya pregnant
Yang ni pulak graf cycle aku yang lepas. Di mana penantianku berakhir. Cuba tengok, walaupun period aku regular, tapi hari aku ovulate berbeza setiap cycle. Pada cycle yang sebelum ni aku ovulate on CD 17. Cycle kali ni CD 14. So disinilah BBT Chart ni membantu. Dan kalau tengok kali ni boleh nampak graf aku ada triphasic pattern (boleh google untuk info. lanjut). Triphasic pattern ni akan terjadi kebanyakannya pada pregnancy graph. Suhu selepas DPO maintain atas coverline dan kekal sehingga melepasi tempoh luteal phase. So bila dah lepas DPO 18, dah boleh try UPT (Urine Pregnancy Test). sebab tu lah yang pentingnya korang kena tau kat sini adalah berapa tempoh luteal phase, bukan berapa cycle day sebab cycle day boleh berubah (boleh tercepat dan terlambat depends pada kita ovulate bila)...
Aku harap korang faham lah penerangan aku yang serba ringkas tentang BBT kat atas ni eh... tak puas hati boleh google la k.... hehehhh....
Rawatan kesuburan:
1. Hubby berubat dengan Dr. Ismail Thamby (pakar sakit tuan), ambil ubat selama 3 bulan...
2. Aku berubat dengan Dr. Tan (O&G) kat Amanjaya Specialist Centre Sungai Petani... Aku on clomid 1st cycle and Alhamdulillah lekat....Sepanjang rawatan, hubby buat sperm test, aku buat pap smear, on clomid 100mg dan scan telur melalui TVS (transvaginal scan) untuk tahu berapa telur matang yang berpotensi untuk disenyawakan). So korang boleh tau telur matang di produce oleh ovari belah kanan or kiri... or kedua-duanya then boleh lah fikirkan tentang petua posisi.. kalau kiri, mengiring ke kiri selepas bersama,begitu juga sebaliknya.
3. Pemakaian krim Lumiglow (aku pakai setiap hari dan kekerapan lebih masa period, aku sapu 4 kali sehari). Hubby pakai IE lotion (yang ni untuk lelaki)...
3. Pemakaian krim Lumiglow (aku pakai setiap hari dan kekerapan lebih masa period, aku sapu 4 kali sehari). Hubby pakai IE lotion (yang ni untuk lelaki)...
Kerohanian:
1. Aku selalu amalkan doa Nabi Zakaria. Doa mohon zuriat. Aku baca setiap kali dalam solat (dalam sujud terakhir dan doa selepas solat). Aku jugak selalu baca doa ni sebelum aku start mengajar dan selepas aku dah habis mengajar sebab sesi pengajaran dan pembelajaran tu kan majlis ilmu, jadi Malaikat pun insyaAllah akan turut sama mendoakan. Dalam kelas, aku selalu cakap dengan students, tolong doakan saya pregnant, saya terlalu inginkan zuriat. Seorang pun jadi lah...Setiap kali aku cakap camtu, students akan aminkan... Terima kasih sayang-sayang semua! Selain tu, aku baca doa tu bila-bila masa je aku teringat especially masa hujan turun lebat. Ni doanya. Dua-dua doa ni aku tak putus-putus amalkan setiap hari:
2. Istighfar kalau bole 1000x sehari. tapi ni ada jugak yang aku kadang tak cukup pon...takpelah janji buat...try your best...
3. Selawat banyak-banyak..yang ni aku amalkan bila mana aku teringat...
4. Sedekah... tak kira la pada siapa pun..banyak mana pun..bagi apa yang mampu..terutamanya bila hubby pergi solat jumaat, aku selalu pesan jangan lupa masuk tabung masjid...
5. Bangun malam, solat taubat, tahajjud, hajat... kalau boleh lakukan setiap hari.. tapi aku lompong-lompong jugak... huhuhu..jgn ikut aku yee...
6. Solat Duha... yang ni pun aku kejap buat kejap tak buat...
7. Berbuat baik dengan semua orang, terutama dengan ibu-ibu mengandung dan bayi-bayi yang baru lahir...minta mereka sama-sama doakan kita agar dikurniakan rezeki zuriat......aku selalu usap perut bestfriend aku yang tengah pregnant, sambil tu aku akan selawat dan baca doa nabi zakaria..sambil berbisik supaya baby dalam perut tu turut mendoakan untuk aku... :) lagi satu, aku kan buat rawatan kesuburan kat O&G,so selalu la nampak wanita2 pregnant datang check up, aku akan pandang wajah mereka dengan penuh perasaan kasih walaupon aku tak kenal diorang, dan berdoa supaya suatu masa nanti aku juga akan pregnant macam diorang...
8. Hari-hari aku doa pada Allah, kalau ada sekelumit kebaikan yang telah aku lakukan dan layak mendapat balasan, maka aku minta Allah berikan balasan itu dengan rezeki dalam bentuk zuriat.
9. Doakan orang lain. Dalam setiap doa kita, selitkan doa untuk orang lain, orang sekeliling kita, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan...doakan mereka untuk rezeki pasangan yang baik, rezeki zuriat, rezeki kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan...
10. Jangan stress. Ye, cakap memang senang. Susah kan nak elak stress? tapi percayalah, bila kita ajar diri kita relaks, kita akan rasa lebih enjoy dengan suami... Ini akan meningkatkan peluang kehamilan...
11. Rawatan alternatif (rawatan Islam)... yang ni aku dengan hubby pergi 2 kali, kat Sg. Petani...
11. Rawatan alternatif (rawatan Islam)... yang ni aku dengan hubby pergi 2 kali, kat Sg. Petani...
Usaha-usaha lain:
1. Aku berurut dengan bidan. Kak Yang aku panggil kakak tu. Aku berurut dengan dia 3 kali. Dia kata rahim aku cantik, semua okey. Dia minta aku teruskan usaha. Mungkin rezeki aku belum sampai...Hubby pun berurut jugak dengan dia bahagian kaki je. Hubby urut sekali je.
2. Jangan amalkan pakai high heels! bunyi macam kelakar kan? tapi serius ni, memang ni memberikan kesan kurang baik pada kesihatan kita. Aku sejak TTC, aku dah tak pakai high heels yang 2-3 inch tu... huhu...
3. Kebetulan, bulan Januari yang lepas, jabatan tempat aku keje ada buat bengkel dan teambuilding kat Langkawi. kami pergi Tasik Dayang Bunting. Atas saranan beberapa orang, aku masuk tasik, berendam dan minum air tasik! ye! aku minummmm!!! banyak pulak tu....dah tak fikir geli ke apa dah. Aku tawakal je masa tu jangan la sakit perut. Sambil minum dan berendam aku tak berhenti selawat dan baca doa zuriat yang aku letak kat atas tadi. Aku ulang berkali-kali. sambil pandang ke arah bukit bukau yang berbentuk dayang bunting terbaring tuh... eh jangan melatah ye. Ni bukan amalan kurafat ke apa...aku tetap berdoa pada Allah, bukan pada mana-mana makhluk lain kat situ tau...jgn salah faham pulak..niat kena betul... hehe...dalam hati aku doa "Ya Allah, aku mohon hanya dari-Mu, izinkan aku mengambil manfaat dan keberkatan berada di tasik dayang bunting ini sebagai salah satu usaha yang Engkau perkenankan... "..
4. Selain tu, aku mohon doa dari kucing-kucing belaan aku setiap hari. Aku pernah menangis depan kucing-kucing aku, mengadu betapa sedihnya aku menunggu zuriat, dan minta mereka doakan aku. Aku rasa diorang faham sebab sepanjang aku menangis dan mengadu pada diorang, diorang duduk di sebelah aku dan memandang, tak berganjak. bunyi macam kelakar kan? tapi aku betul-betul buat!
5. Selain kucing, ada burung yang asyik bertandang kat rumah aku dan buat sarang untuk bertelur. Burung datang silih berganti. Pendek kata, sarang tu tak lama kosongnya. Nanti mesti ada lagi yang bertandang..pun aku minta mereka doakan untuk aku... :)
6. Dengan siapa saja aku jumpa, orang jual baju kat kedai ke, makcik jual lauk ke, siapa saje..yang berbual dengan aku, lepas je borak-borak, aku akan minta mereka turut mendoakan aku...
7. Lupa pulak, aku ada minta tolong ummi kepada bestfriend aku untuk doakan aku di Mekah. Kebetulan aku ada jumpa dengan parents bestfriend aku ni before they all pergi menunaikan haji..so aku minta selitkan doa untuk aku sekali...
7. Lupa pulak, aku ada minta tolong ummi kepada bestfriend aku untuk doakan aku di Mekah. Kebetulan aku ada jumpa dengan parents bestfriend aku ni before they all pergi menunaikan haji..so aku minta selitkan doa untuk aku sekali...
Okey, rasanya tu je kot usaha-usaha yang aku buat sepanjang TTC. Untuk BBT chart tu, aku baru masuk cycle ke 7 sepanjang consistent buat....Harap all the ttcians takkan putus harap, sentiasa berusaha dan sentiasa positif. Jangan harapkan orang lain untuk motivate kita, kita kena motivate diri kita sendiri...Berada lah di sekeliling mereka yang positif. Avoid negative person coz we dont want that negative aura... Doakan perjalanan baru aku ini sentiasa dipermudahkan...Aku akan terus mendoakan korang semua...rakan-rakan ttcians... I was just like all of you, a ttcian before. Jangan berhenti berusaha! aku juga penah terjatuh! Aku pernah tersungkur! ambil masa untuk bertenang, dan teruskan usaha! Sentiasa tanamkan dalam hati, bahawasanya 'saya boleh mengandung'... Sentiasa percaya dan yakin dengan janji Allah.... hugssss.... doaku sentiasa untuk kalian... insyaAllah, akan dipermudahkan... Aminnn...
Sincerely,
Aniss/Hasniza
Saya kini TTC hampir 6 thn.. Setiap kali buat treatment, pasti separuh jalan sebab PJJ dgn hubby. Now, alhamdulillah, last month dpt tinggal bersama and stay @SP tp belum brkesempatan buat full treatment.. Turut mengamalkan bacaan doa spt yg Pn buat.. Saya trsenyum dengan aktiviti2 yg Pn buat spt berckp dgn kucing dan mohon doa2 dr org2 sekeliling..SEBAB, ini semua, saya buat juga..hehehe..apa2 pun, mohon doakan saya dan suami dikurniakan zuriat..
ReplyDelete